Hobi kami sekeluarga bercuti setelah penat bekerja.plan hujung tahun ni cuti di Cameron Highland je.sbnarnye perancangan cuti dah lama.cuma masih x dpt nk tentukan cuti kat mana.Nak bercuti jauh sebenarnya tapi aku dah set bajet x la banyak sgt sb baru2 ni baru je balik kmpung.lagi pun sepanjang tahun mmg asyik selalu pg jln2 wlpn kwsn dekat2 je.dh nama nya hobi mmg suka bercuti.
Mulalh jari jemariku asyik menekan booking.com.Nak cari2 kot2 ade hotel yg berkenan dihati dengan harga yang berpatutan.semestinya aku akn cari bilik yang besar.klau boleh ada 2 bilik.Bilik yg besar mmg sangat selesa kalau untuk bercuti.Hajat hati nak ke langkawi.klau jadi ke langkawi,ni lah kali ke tiga kami ke langkawi.kalau ke langkawi,lokasi hotel yang aku pilih ialah sekitar pantai chenang.Yang x puas hati tiada hotel yg berkenan sekitar Chenang.kebanyakan yang ada hanyalah motel.nak pilih pekan Kuah pulak,mmg xberapa suka sb niat hati nk kawasan pantai yg ramai manusia seperti Pantai Chenang.mlm2 ada pasar mlm.
Last2 pilih la cameron.hotel pula aku pilih kawasan Brincang.ni kali ke 2 kami ke cameron.kami pilih untuk pergi sebelum krismas iaitu 21hb.serik dh bertarung dengan jam kalau ke sana time cuti umum.Alhamdulillah kami x mengharungi jam.inilah hotel yang menjadi pilihan aku dan suami melalui tempahan booking.com.faktor yang pertama aku pilih kerana hotel ini lokasi berhampiran pasar malam.menurut encik booking.com boleh jln kaki je ke pasar mlm.lgpn hotel ni ade kolam renang.ank2 nk hotel ade kolam renang.hotel Copthorne menjadi pilihan.mmg puas hati la.lgpn hotel ni mmg strategik.banyak kawasan yg menarik untuk dilawati hampir dengan hotel ni.sampai je ptg tu rehat2 dlm bilik..sejuk yang amat..rs nak balik je..hidung rs sakit nk bernafas.cm mna nk stay 2 hari ni.
Ptg tu kami ke pasar malam yg berhampiran.mmg blh jln kaki je.belilah topi untuk qisya tkt dia kesejukan.beli sarung tangan naufal,naim dan nufail.mamanya x nk lepaskan peluang beli sarung tgan gak hehe..mkn jagung kukus..perhh!!!sedap dan manis.keledek madu pn sedap.dah sampai cameron rugilh x merasa strawbery cicah coklet.beli la untuk bawa balik hotel.
Keesokkan hari bangun seawal pagi..sejuk..berkabus tingkap.rs mcm kt luar negara plk.nsib baik kami tdr pakai stokin dan baju sejuk..kalau x,mahu keras kat situ.ok lh percutian kali ni dirancang dengan baik.kami dah tahu susah nk cari tmpt sarapan pagi2 kat sni,jd kami sarapan dulu di hotel.pertama kami melawat ke stawberry farm.yg penting ambik gmbr dulu.lps tu menikmati makanan berasaskan strawbery.ais krim,waffel,kek dan mcm2 lagi.ikutkan hati semua aku nk rasa.selepas itu kami ke taman lavender.sini pn best gak.banyak bunga yang menarik dan pemandangan dengan lautan bunga yang sangat indah.ade bunga yang boleh petik.setangkai hanya rm2.aku x petik le sb x pandai nak gubah.naufal x lepaskan peluang beli ais krim perisa lavender.dia kt sedap.tp aku rs mcm mkn bunga je.qisya plk beli patung lavender.puas bergambar kami ke lokasi seterusnya taman rama2.babyak jenis rama2 kat sni.fokus kami untuk menikmati keindahan di sini hilang dh lantaran kepenatan.ape lagi balik rehat kt hotel la.anak2 msih menuntut janji bila nak mandi kolam.nk mandi kolam cm mba anak oi..sejuk je ni.mls nk layan.tdr je la kt hotel mlm tu sb masing2 kepenatan.
Esk hari kami kemas2 barang untuk balik.kami check out pukul 10 pagi dh trus menghala untuk balik kl.sebelum balik singgah beli ole2 dan sayur2an.kami balik ikut simpang pulai sebab nk singgah ke ladang teh boh.simpang nk je ladang tu pn x jauh dr hotel.tapi perjalanan nk je ladang penuh liku.jln kecil je.namun pemandangan sgt indah.sesampai di ladang teh kami pun menikmati minuman teh dicafe kaca di atas bukit nun disana.cantik sangat.selepas itu kami melawat kilang teh.selepas tu trun dan balik.dalam perjalanan balik aku mmg x sdr dan tdr mati.en suami la sorg2 memandu di sebelah.
Comments
Post a Comment